Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 4 – Kuiz & Semaian Benih)
15 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 februari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-4 iaitu Kuiz dan Semaian Benih. Semaian biji benih merupakan salah satu aktiviti yang perlu dilakukan sebelum anak pokok dipindahkan ke tempat tanaman yang di kehendaki. Teknik yang betul adalah salah satu faktor yang mempengaruhi peratus percambahan biji benih tinggi. Terdapat beberapa asas semaian biji benih iaitu syarat asas agar biji benih bercambah, kualiti biji benih, masa percambahan, media semaian sesuai, umur biji benih. Selain itu, Kesuburan tanah berbeza mengikut sumber asal tanah tersebut dari bahan induknya. Tanah yang subur mempunyai ciri-ciri berikut iaitu, Ia kaya dengan nutrien penting untuk pemakanan tumbuhan, termasuklah nitrogen, fosforus dan kalium. Modul minggu ini menitikberatkan pada semaian benih untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: